~~

Oh, Tuhan! seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta untuk diriku, Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan
Ya, Allah! Kumohon apa yang telah kau takdirkan
Akuu harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana kau tahu segala isi hatiku
Pelihara aku dari kemurkaan mu
Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah...
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Aku pasrah kepada mu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Dan boleh menemani aku
Di saat suka dan duka
Supaya aku dan dia
Dapat melayar bahtera ke muara cinta
Yang Engkau redhai
Ya Allah Tuhanku, Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hamba mu ini
Janganlah kau biarkan ku sendiri
Menentukan nasib hidup ini
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersamanya

Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia di dunia dan Akhirat
Yang sentiasa diredhai oleh Mu wahai tuhan ku
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Permudahkan lah jalan hidup ku
Rahmatilah aku
Dan peliharalah aku
Amin...

0 ulasan:

Post a Comment